Vanila Strawberi
Risya mengenakan dress separas lutut bersama bunga-bunga
kecil pada corak dressnya. Rambutnya yang pada paras pinggang dilepaskan .
Sedang dia ralit bermain iphone kesayangannya, dia dikejutkan dengan suara yang
bergema kedengaran seluruh rumah. Tak lain tak bukan semestinya kembar seiras
kesayangannya Chafarina Qistina Yamina. Meskipun watak mereka berlainan, tetapi
mereka juga sekepala. ‘Uishh.. Nasib tak jatuh fon aku. Siap kau Rina!’ keluh Risya
didalam hati. Risya segera masuk ke dalam bilik Rina. “Apa bising-bising ni?
Rina, are you okay? Bising you know?” marah Risya. “Kakak! Tahu tak? Aunty Erin
dah nak balik Malaysia esok! Yeayy!” ujar Rina gembira. “What? Esok? Wah! Mesti
datang dengan Hafiy. Tak sabarnya nak main dengan Hafiy. Hafiy mesti tidur
dengan kakak tahu? I chopp!” kata Risya sambil berlalu kearah pintu. “Ehh mana
boleh! Rina nak dulu! Ehh chopp, Cik Chafarisya Qistisya Yamina Binti Dato’
Hishamuddin Rizqie nak pergi mana ni? You look so gorgeous! Pergi dating eh?”
ujar Rina dengan penuh excited. “Mana ada! Nak pergi shopping lah. Nak join?
Jom, kakak tunggu 5 minutes only okay? I tunggu dekat bawah” kata Risya sambil
memulas tombol pintu bilik Rina. “Okay!” ujar Rina dan terus berlalu masuk ke
dalam bilik persalinan baju. Risya segera keluar dan menuju ke pintu lif.
Risya
menuju ke ruang tamu. Dia duduk sambil bermain telefon pintarnya. Rina yang
baru sahaja keluar daripada lift dengan berpakaian T-Shirt dan seluar jeans
dengan rambutnya yang separas pinggang itu rapi berada di dalam cap
kesayangannya berjalan kearah ruang tamu.Dah macam gaya lelaki pun ada
sebenarnya si Rina ni, dia teramat jauh berbeza dengan si Risya yang memakai
dress putih berbunga pink itu. “Rina dah Jom! Rina nanti kita pergi ioi city
mall tau. Rina bawa lah kasut kesayangan You tu. Erm kasut kakak juga tahu..
Sebab nak pergi skate nanti.. Ok Thanks.. Let’s go!” ujar Risya sambil berlalu
ke pintu utama. “Pak Zam! Hantar kitaorang please. Nak keluar pergi shopping.
Guna kereta audi a6 Risya eh?” Laung Risya.
Sesampai
di shopping mall, Risya dan Rina beriringan masuk ke dalamnya. Sedang mereka
ralit memilih barang-barang kemas, mereka dikejutkan dengan suara Misha iaitu
kawan satu sekolah dengan mereka suatu ketika dahulu. “Hey! Korang! Lama tak
jumpa! Over 3 years tau! Rindu gila dekat korang! Sampai I dah lupa mana satu
Farisya and Farina. But I sure Farisya kakak kan?” Kata Misha. “Hye Misha! Yup
Farisya kakak.. That’s me! Seriously, lama sangat kami tak jumpa you? Macam mana you sekarang? You belajar
dekat mana sekarang? Kami pun baru balik about 2 months balik Malaysia lepas
berhijrah ke L.A dulu. So rindu nak jalan-jalan dekat sini.” Ujar Risya panjang
lebar. Rina yang lebih selesa mencuci mata pada barang kemas yang terdapat di
kedai D.A.Y Accessories Shop hanya berdiam sahaja. “Wow! Your guys sambung
belajar dekat L.A? Seriously? Lupa your guys kaya. Rumah 3 tingkat. Untung lah.
I sekarang belajar dekat U.M ambil course mathematic. Lagi 1 year I habis. Ops.
I pergi dulu. Kawan I dah panggil tu. Okay bye. See your guys next time. Ehh,
nak number fon you. Nanti boleh contact.” Ujar Misha sambil melambai kearah mereka.
“Nah” kata Risya sambil memberikan iphonenya kepada Misha untuk menaip number. “Ehh,
dah nak pergi? Nah I belanja” kata Rina sambil menghulurkan beg kertas yang
dibelinya daripada D.A.Y Accessories Shop. “Wow! Thanks. Yes, I pergi dulu. Bye
guys” Kata Misha sambil berlalu. “Untuk kakak tak ada? Haha..” Kata Risya
sambil ketawa. “tak ada. So sorry. I kalut tengak dia dah cakap bye dekat you. I
belanja you air jom.” Ujar Rina sambil menarik tangan kakaknya ke kedai Each A
Cup. “I nak Strawberry Chocolate.. Kakak tunggu dekat luar eh?” kata Risya
tanpa menunggu jawapan, dia terus beredar keluar. “I nak vanilla Chocolate satu. Thanks.” Kata seorang
pemuda yang memotong barisan Rina. “Oit, my turns lah!” Marah Rina. “Sorry I nak
cepat bro. I belnja you cepat order.” Kata lelaki itu sambil mengeluarkan
sekeping kertas not 50 lalu memberikannya kepada Rina. “Keep the changes.” Kata
lelaki itu sambil menantikan airnya. Rina hanyalah menjelingnya sekilas. ‘Risya,
ada orang belanja kau weih.. Tak payah susah-susah aku belanja.. Haha.’ Rina
tersenyum sendirian. Selepas membayar, Rina mencari kakak ‘kesayangannya’.
Setelah terjumpa kakaknya, baru sahaja dia ingin menghulur tiba-tiba air itu
ter………………………………………